Skip to main content

REDAC Logo UNESCO

23mar  

USM PERKUKUH KERJASAMA DENGAN UNIVERSITAS BRAWIJAYA

   

IMG 0243

PULAU PINANG, 23 Mac 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) hari ini memperkukuh kerjasama dengan Universitas Brawijaya, Indonesia (UB) melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan memperkasakan lagi penyelidikan dalam bidang kelestarian pengurusan sungai dan saliran bandar di peringkat serantau mahu pun global.

MoU tersebut antara lain termasuklah usaha membangunkan penyelidikan bersama dan aktiviti-aktiviti pembangunan ilmu, penganjuran seminar, bengkel dan persidangan saintifik, pertukaran kakitangan dan sebagainya yang bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

IMG 0267

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman berharap kerjasama yang terjalin ini akan membuka ruang yang lebih besar kepada kedua-dua institusi ini untuk berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman yang sedia ada.

"Ini juga dapat menggalakkan percambahan pendapat dan idea yang perlu diperkukuhkan lagi dengan aktiviti penyelidikan yang dirancang bersama agar dapat pula mencetuskan inovasi baharu yang dapat dimanfaatkan oleh dunia sejagat, terutamanya yang berkait rapat dengan kelestarian alam sekitar bertepatan dengan hasrat USM memacu kecemerlangan dan memastikan kelestarian hari esok," kata Omar lagi.

Rektor UB, Profesor Dr. Ir. Mohammad Bisri, MS dalam ucapannya pula menzahirkan rasa sukacitanya apabila perjanjian ini dimeterai dan memberi ruang kerjasama yang erat di antara USM dan UB.

IMG 0282

Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar atau ringkasnya REDAC adalah satu daripada 14 buah Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi atau HICoE di Malaysia dan yang pertama di bawah kategori Teras Perkhidmatan manakala yang lain adalah di bawah kategori Teras Penyelidikan.

REDAC telah melaksanakan pelbagai projek di bawah penajaan geran-geran penyelidikan dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta pelbagai jabatan lain lagi termasuklah swasta.

MoU yang dimeterai hari ini akan menjadi satu lagi pentas kepada REDAC untuk melebarkan sayapnya di peringkat Asia Tenggara dan antarabangsa. REDAC melalui jaringan dan kerjasama penyelidikan telah merangka beberapa siri lawatan untuk membuat jaringan kolaborasi ke beberapa buah institusi terkemuka di luar negara seperti Negara Jepun, United Kingdom, Netherland, Amerika Syarikat dan beberapa buah negara lagi.

3

Hadir sama ialah Pengarah REDAC, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria; Dekan Fakultas Teknik UB, Dr. Ir. Pitojo Tri Juwono, MT; Ketua Jurusan Teknik Pengairan FT, Indonesia Ir. Mohammad Sholichin; pegawai-pegawai utama Universiti, serta beberapa orang delegasi UB. - Teks: Siti Naquiah Binti Abdillah/Suntingan: Mohamad Abdullah/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

Source: USM News Portal

Contact Us

RIVER ENGINEERING AND URBAN DRAINAGE RESEARCH CENTRE (REDAC)
Engineering Campus, Universiti Sains Malaysia
14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang, Malaysia

Tel: +604-5995461/5995464
Fax: +604-5996789
Email : ceremy@usm.my / eena@usm.my

Follow us

Instagram
Twitter
Youtube
Linkedin