PROJEK TROPIKAL REDAC
Projek Tropikal REDAC adalah inisiatif staf REDAC dalam menjalankan aktiviti penanaman pokok buah-buahan disekitar Pejabat REDAC dan Ruang Penyelidikan Bersepadu, Makmal Hidraulik REDAC di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia. Program ini membantu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok serta memupuk semangat cintakan alam semula. Melalui projek ini, hasil penanaman pokok-pokok ini dijangkakan akan membuahkan hasil yang boleh dinikmati oleh staf REDAC khususnya, malah pelaksanaan program ini juga bertujuan menambahbaik ekosistem dan biodiversiti di dalam Kampus Kejuruteraan USM. Antara pokok-pokok yang ditanam termasuklah Jambu Batu, Rambutan, Manga, Belimbing, Kelapa Pandan dan lain-lain. Projek ini dijadikan 'pokok anak angkat' dimana setiap staf REDAC diamanahkan untuk menjaga pokok-pokok yang telah ditanam.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus Kejuruteraan, USM yang juga merupakan Pengarah REDAC iaitu Prof. Dr. Nor Azazi Zakaria. Turut ada bersama adalah Timbalan Pengarah, Prof Madya Dr. Foo Keng Yuen, penyarah-pensyarah REDAC dan juga staf-staf REDAC.
Pengarah REDAC turut meluangkan bersama menanam pokok.