Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Omar Osman berkata, kampus dan hospital miliknya di Kubang Kerian, di sini telah dipersiapkan untuk menghadapi sebarang bencana termasuk bekalan air bersih terjamin dan tenaga elektrik sokongan sendiri.

Malah beliau berkata, helikopter juga boleh mendarat dengan selamat di padang Kampus Kesihatan USM untuk mengangkut bantuan dan pesakit tanpa perlu menggunakan helipad biasa.