Skip to main content

REDAC Logo UNESCO

21NOV  

LAWATAN NAIB CANSELOR KE KAMPUS KEJURUTERAAN

   

lawatan vc 8899

NIBONG TEBAL, 21 November 2014 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Omar Osman, meluangkan masa menghadiri majlis jamuan makan tengah hari dan lawatan rasmi ke Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) di kampus ini, semalam.

Kunjungan beliau bersama beberapa pegawai universiti itu bermula 12.30 tengah hari disambut oleh Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak dan Pengarah (REDAC), Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria serta beberapa pengurusan tertinggi kampus.

Pengarahnya, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria memberi taklimat ringkas mengenai Pusat Penyelidikan beliau di Bilik Mesyuarat (REDAC) sebelum beliau dibawa ke Makmal Pemodelan Fizikal bagi melihat keadaan semasa penyelidikan dan ruang sedia ada.

Menurut Nor Azazi, selain menjadi ejen transformasi untuk mengubah kualiti hidup di kawasan bandar dengan menyediakan sistem saliran bandar mapan REDAC yang merupakan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) Teras Perkhidmatan yang pertama di negara ini dalam bidang tujahan Pengurusan Saliran Bandar Lestari (Sustainable Urban Stormwater Management) turut menyediakan pusat untuk jurutera dan ahli sains di rantau ini untuk melaksanakan R & D dalam bidang tersebut.

lawatan vc 8949

“Cabaran utama PTJ adalah kekangan ruang di mana tiada bangunan sendiri walaupun permohonan telah dibuat sejak RMK-8 sehingga RMK-10”, ujar Nor Azazi.

“Namun demikian PTJ tidak menjadikan kelemahan itu sebagai halangan di mana segala kerja-kerja penyelidikan menggunakan ruang penyelidikan sedia ada dan fasiliti penyelidikan tambahan telah dibuat dengan menggunakan sumber kewangan hasil penjanaan kewangan PTJ sendiri”, tambahnya lagi.

Lawatan tersebut disifatkan positif dan beliau yakin harapan untuk mendapatkan satu bangunan pejabat berdekatan makmal penyelidikan adalah cerah bagi memudahkan proses pemantauan dan pengurusan operasi aktiviti dapat dilaksanakan secara berkesan.

lawatan vc 8897

Dalam pada itu, Naib Canselor turut membuat lawatan ke Ruang Makmal Penyelidikan Bersepadu (RPS) bersama semua wakil Pusat Tanggungjawab yang terlibat.

Omar turut melayan soalan dan permintaan sepanjang lawatan tersebut yang antara perkara dibangkitkan meliputi ruang guna sama dan peruntukan tambahan bagi melengkapkan makmal serta mewujudkan persekitaran yang kondusif.

Projek yang telah dimulakan sejak 21 Mei 2013 itu dijangka siap sepenuhnya pada hujung Disember ini dan mampu memenuhi keperluan makmal sedia ada.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Shafizan Zookiffli

Source: USM News Portal

Contact Us

RIVER ENGINEERING AND URBAN DRAINAGE RESEARCH CENTRE (REDAC)
Engineering Campus, Universiti Sains Malaysia
14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang, Malaysia

Tel: +604-5995461/5995464
Fax: +604-5996789
Email : ceremy@usm.my / eena@usm.my

Follow us

Instagram
Twitter
Youtube
Linkedin