MANCO 24 SOKONG USAHA MEMARTABATKAN SEKTOR PERTANIAN NEGARA
GEORGETOWN, 22 Mac 2022 – Persatuan Kebangsaan bagi Pengairan dan Saliran (MANCID) serta Bahagian Pengairan, Saliran Pertanian (BPSP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama menyokong usaha memartabatkan Sektor pertanian negara melalui Persidangan Tahunan ke-24 Persatuan Kebangsaan bagi Pengairan dan Saliran Malaysia (MANCO 24).
Berlandaskan kepada Dasar Revolusi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), pembangunan teknologi seperti Artificial (AI), Internet of Thing (IOT) dan blockchain, penganjuran persidangan ini turut dilihat mampu menaikkan lagi sektor pertanian Malaysia ke satu aras yang lebih tinggi kelak.
Menurut Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah yang hadir merasmikan persidangan tersebut, sektor pertanian kini sedang mengorak Langkah dalam aspek peralihan sumber tenaga pekerja kepada penggunaan alat berteknologi penuh.
“Mekanisasi ini bukan sahaja untuk menggantikan tenaga manusia sebaliknya untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian termasuk pengurusan infrastruktur yang cekap dalam kita menuju ke arah penyediaan pusat ujian dan pensijilan yang seiring dengan piawaian antarabangsa kelak,” kata Ahmad.
“Dengan hanya berbekalkan sebuah traktor contohnya, keupayaan teknologi hari ini membolehkan jentera tersebut berfungsi sebagai pengimbas kepada sifat tanah melalui Sistem Satelit Navigasi Globalisasi (GNSS), Sistem Maklumat Geografi (GIS) serta pengunaan dron untuk kegunaan pertanian,” tambah beliau.
Selain daripada itu, melalui tema Innovation and Research in Agriculture Water Management to Achieve Sustainable Development Goals, MANCO 24 dapat membuka peluang kepada 150 orang peserta yang terlibat untuk membantu meningkatkan kecekapan air serta meningkatkan productiviti sektor pertanian ini.
Malah, melalui persidangan yang telah mula dianjurkan sejak 1992 ini, peserta juga diharap dapat membantu para petani di dalam memperkenalkan dan mengaplikasikan kaedan dan teknologi baharu dalam menjalankan aktiviti pertanian mereka.
Persidangan yang menjadi medium dalam menghimpunkan para jurutera, perunding dan pemain-pemain industri pertanian ini turut menyaksikan penglibatan kerjasama secara langsung Universiti Sains Malaysia melalui Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) sepanjang penganjurannya dari 21 hingga 23 Mac 2022.
Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Badrul Hisham Mohd; Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Dato’ Ir. Dr. Md Nasir Md Noh; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr. Suratman Kamarudin; Pengarah Kampus Kejururuteraan Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dan Pengarah Pusat Pengumpulan Ladang (FAMA) Pulau Pinang, Azraie Ramli.
Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin
Lawatan Teknikal MANCID 2022