BENGKEL RAPID APPRAISAL PROCESS (RAP) KAJIAN KECEKAPAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PERTANIAN DI IADA SEPERANG PERAK
LUMUT, 16 Januari 2024- REDAC bersama-sama dengan Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP) dan Jurutera Perunding Warisan Sdn Bhd telah mengadakan Bengkel Rapid Appraisal Process (RAP) bagi melengkapkan keperluan Kajian Kecekapan Pengairan dan Saliran Pertanian di IADA Seberang Perak yang diketuai oleh Dato' Dr Nor Azazi Zakaria.
Bengkel yang dijalankan pada 15- 19 Januari 2024 bertempat di The Orient Star Resort Lumut, Perak dan Skim IADA Seberang Perak ini turut dihadiri dari pelbagai agensi teknikal seperti Pejabat Pengarah dan Jurutera Projek IADA Seberang Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Perak Tengah, Felcra Berhad dan turut dihadiri oleh masyarakat tempatan yang merupakan Kumpulan Pengguna Air (KPA).
Objektif Bengkel ini adalah untuk mendekati setiap stakeholder yang terlibat dalam pengurusan pengairan dan saliran di IADA Seberang Perak dan juga mendapatkan informasi dan maklumat setiap agensi agar cadangan penambahbaikan dapat dilaksanakan dihujung kajian. Bengkel ini bukan sahaja penting bahkan mampu memberi impak besar kepada pengurusan pertanian padi di Skim IADA Seberang Perak pada masa hadapan.
Pada16-17 Januari 2024, kesemua peserta RAP bergerak ke Skim IADA Seberang Perak bagi sesi Lawatan dan Penilaian Tapak. Agensi teknikal yang terlibat turut memberikan penerangan dan input kepada kajian ini. Bengkel diteruskan pada 18 Januari 2024 di The Orient Star Resort Lumut, Perak dan seterusnya sesi pembentangan dan penutup pada 19 Januari 2024 telah berlangsung dengan jayanya. Sekalung terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang jitu sepanjang 5 hari Bengkel ini berlangsung.
Ringkasan Video Kajian Kecekapan Pengairan dan Saliran Pertanian di IADA Seberang Perak.
Rumusan Bengkal RAP 15-19 Januari 2024.